The Cedar Villa Bidor Pilihan Percutian Yang Terbaik Bagi Pencinta Kedamaian / So happy, pada 26 November 2018 yang lalu saya dan keluarga serta keluaga besar Team Blogger Pantai Timur #teambpt berpeluang menjejak ke The Cedar Villa Bidor Perak atau The Cedar @ Bidor. Keletihan lima jam dalam perjalanan membuatkan hilang apabila melangkah masuk ke The Cedar Villa itu! Apa yang hebatnya The Cedar @ Bidor ni? Dengan konsep minimalis dan praktikal sangat mengujakan saya tetang seni reka villa tersebut. Gabungan tradisional dan juga model minimalis sangat cantik, segar tidak padat dengan perabot memuatkan si suami kami semua rancak bercerita tentang rumah idaman seperti The Cedar @ Bidor.... hahaha.... aduihhhh.... galak mereka bercerita saya hanya tersenyum mendengarnya. Biasanya bab rumah impian ni, si isteri yang sangat teruja, lain lak jadinya bila si suami sampai ke The Cedar @ Bidor ini.



Mata Terpegun Dengan Kecantikan Villa
Melangkah masuk ke villa ini mata terpegun dengan kecantikan susun atur dan gaya ringkas villa ini. Tak serabut mata melihat sama dengan ketenangan yang di rasa dengan keindahan kehijauan yang mengelilingi villa tersebut. Mana taknya konsep warna putih dan koko yang digabungkan menampakan suasana klasik dan moden.


Kemudahan
Antara kemudahan yang terdapat di The Cedar @ Bidor ini adalah pada paras bawah terdapat wet dan dry kitchen, dua tandas, bilik permainan kanak-kanak, hall yang diletakkan dengan pool. Seronok duk dapaur walaupun sempat sekejap jer saya duk dapur, kami sempat tukar dan bergilir-gilir buat kerja….

Manakala di paras atas pula terdapat 8 bilik, dengan setiap bilik memiliki tandas tersendiri serta ruang menonton. Ruang menonton yang besar dilengkapi pula dengan tv, audio system, meja dan kerusi pelbagai guna. Yang ni sangat sesuai bagi kaki karaoke… Fuhh memang best la deme yang berkaraoke tu.



Outdoor
Kolam Renang
Ruang luar yang sunnguh menarik dengan kolam ikan koi dan juga meja makan yang diletakkan di hadapan kolam renang betul-betul mengadap hutan Sungai Gepai yang sungguh menakjubkan. Kesejukkan mata memandang air kolam disusuri dengan pandangan hutan menghijau memberi seribu ketenangan. Hilang rasa stress kerja, kalau tiap hari duk sini wahhhh memang akan meningkat daya fikir saya menyiapkan tesis… hehehe…. Di samping itu keliling kolam renang disediakan kerusi kayu jati pergola dan buaian bagi kemudahan tetamu yang menginap dan bermain kolam. Siap mandi kolam, anda boleh menyiramkan badan di paip yang disediakan di tepi kolam renang. Cukup lengkap kemudahan luar yang disediakan kepada para tetamu di The Cedar ini.

Ruang Makan
Ruang makan dengan meja kayu bersama 16 kerusi sesuai untuk makan makan dan juga sarapan pagi. Kami menggunakan ruang ini untuk menikmati sarapan pagi sebelum bertolak pulang. Mejanya yang besar sangat selesa mampu menapung pelbagai jenis makanan sambal menikmati keindahan pagi yang cantik dengan hutan hujan tropika selain melihat kolam renang penuh dengan ketenangan.

Kawasan BARBECUE

Kawasan barbekue terletak di ruang terbuka di taman sudut belakang atau tepi villa ini. Ia dilengkapi dengan tempat duduk di luar dan juga dalam kawasan barbecue… Yang menariknya ada sesuatu yang tersembunyi tau di kawasan babbekue ni…. Hehehe…. Sesuatu yang menarik iaitu tempat babbekue ini mempunyai sistem bunyi yang diletakkan di dalam dan bawah meja batu yang disedia. Pengguna boleh menngunakan bloototh atau pendrive. So, apa lagi malam tu kami berbabeue dan menyambut hari lahir anak Sis Awa iaitu Mukhriz dan juga sahabat kami Zahirah Dzahir dengan diiringi muzik yang merdu.

Air Terjun Gapai

Air Terjun Gepai adalah antara 10 Air Terjun yang popular di Perak. Airnya yang  jernih dan sejuk mengalukan pengunjung datang. So, apa lagi kalau anda memang minat bersantai dan berkelah di air terjun, The Cedar Villa adalah tempat yang sangat sesuai untuk menginap. Ini adalah kerana perjalanan ke Air Terjun Gapai Cuma 5 minit dengan kenderaan dan 15 hingga 20 minit jika berjalan kaki. Wahhh… dekat sangatkan… Aduihhh yang ni la saya terlepas peluang. Rasa something yang miss…. Sebab ni juga tak puas saya menginap di The Cedar Villa dan tak puas nak mandi kolam lama-lama….  Dari tempat letak kereta The Cedar Villa, anda boleh menyeberangi aliran di jambatan kecil. Jambatan ini adalah tempat kegemaran untuk menyelam di dalam air sejuk yang sejuk di bawah jika anda mahu mandi sungai…. Aduiihhh yang ni pun saya tak sempat nak turun main air sungai. Dari atas The Cedar Villa Nampak airnya jernih sangat…. Rindu sangat!!!



Berapa harganya semalam boleh baca di

The Cedar @ Bidor